Dari manakah asal-usul ibu bapa?
Dua faktor utama yang ingin disentuhberkaitan dengan asal-usulpenciptaan manusia iaitu
faktor-faktor yang sudah pasti dituntut untuk memikirnya di dalam islam.Perkara itu adalah:
1. Keajaiban proses-proses persenyawaan dan pembentuk manusia didalam kandungan ibu.
2. Permulaan bagi kelahiran setiap manusia adalah melalui dua insan paling berharga iaitu
ibu dan bapa.
Tuhan menjelaskan didalam Quran surah Al-Haj ayat 5 yang bermaksud, "Hai sekalian manusia,
jika kamu dalam keraguan tentang berbangkit, maka sesungguhnya kami telah menjadikan kamu
daripada tanah, kemudian air mani, kemudian segumpal darah, kemudian daripada segumpal
daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, supaya kami terangkan kepadamu
(kekuasaan kami)...."
Bukhari dan Muslim melaporkan, daripada Abdullah bin Mas'udmenyatakan, nabi seorang yang
benar dan dipercayai berkata, "kejadian seseorang itu dikumpulkan didalam perut ibunya
selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kedua terbentuklah seketul
darah beku. Manakala genap empat puluh hari ketiga bertukar pula menjadi seketul daging.
Kemudian Allah mengutuskan malaikat supaya menulis empat perkara iaitu ketentuan rezeki,
ajal, amalan serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan."
No comments:
Post a Comment